Alhamdulillah, majlis akikah untuk Daniya Alesha selamat dibuat pada 10 Mei lalu....Hubby dan saya ke Perlis untuk melihat sendiri proses menyembelih kambing untuk akikah Alesha. (walaupun saya masih dalam pantang) hiksss..
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan Tahlil oleh anggota kariah wanita Masjid Assolihin Taman Muhibbah. Lebih 60 orang hadir pada majlis tersebut yang dihadiahkan untuk arwah mama tersayang...Kalaulah mama masih ada...pastinya mama insan yang paling gembira dan sibuk ke sana sini menguruskan segalanya. Pun begitu walaupun ketiadaan mama, tugas mama diambil alih oleh bunda yang begitu baik dan tidak pernah penat menguruskan saya dan Alesha.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan Selawat dan ketika ini saya mendukung Alesha untuk bertemu semua ahli kariah. Ramai yang membacakan surah dan ayat-ayat Quran di telinga Alesha. Besar harapan saya untuk melihat Alesha membesar dengan pekerti mulia...Insya Allah.
Saya kemudiannya diminta memberikan ucapan....terus perasaan sebak dan sayu menguasai diri dan akhirnya mengundang tangis... Saya rindukan mama, saya sebak bergelar ibu, dan saya juga terharu menerima ucapan hari ibu buat kali pertama dalam hidup saya....dan pastinya ucapan tidak dapat dihabiskan....
Majlis kemudiannya diteruskan dengan tahlil selepas solat Zohor membabitkan ahli Qariah lelaki pula....Alhamdulillah....semuanya berjalan lancar..